Khasiat Gamat Dan Potensi Untuk Kesihatan

Apa itu Gamat

Gamat merujuk kepada sejenis haiwan yang hidup di dasar laut di dalam kelas Holothuroidea. Ia tidak mempunyai anggota yang menjulur keluar dan lebih berbentuk timun. Oleh itu, ia juga dikenali sebagai timun laut dan teripang di sesetengah tempat.

Gamat juga dijadikan sebagai minyak ubat, disebabkan ketahanannya yang mampu hidup walaupun dipotong dua, oleh itu dijadikan ubat bagi merawat luka dan untuk cepat sembuh selepas pembedahan dalam perubatan Melayu.

Dari dahulu sehingga kini, minyak gamat sentiasa menjadi ‘first aid’ buat ibu bapa kita.

Pernahkah anda berhadapan dengan situasi di mana anda terjatuh ketika bermain di luar rumah lalu terluka pada lutut serta siku, dan ibu anda menawarkan untuk menyapukan minyak gamat pada luka tersebut?

Manfaat Kesihatan Gamat Yag Luar Biasa

Manfaat gamat sebagai ubatan

Secara tradisional, produk berasaskan gamat digunakan untuk merawat luka, ulser atau apa-apa masalah kulit serta memulihkan kesihatan tubuh badan.

Disebabkan itu, ia sangat popular sebagai minuman dalam kalangan wanita selepas melahirkan bayi.

Selain itu, ia juga boleh digunakan oleh pesakit yang telah menjalani pembedahan untuk menyembuhkan bekas pembedahan.

Dalam pada itu, terdapat juga gamat yang diformulasikan bersama pelbagai lagi herba lain sebagai ubat batuk, minyak angin atau minyak urut.

Sehingga hari ini, produk berasaskan gamat sentiasa mendapat tempat dalam kalangan penggunanya.

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping