Penawar Industries Sdn Bhd (ROJAM)
Penawar Industries Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai ROJAM merupakan sebuah Syarikat Pengilang dan Pengeluar Produk-Produk Tradisional, Kesihatan, Makanan, Minuman dan Kosmetik. Syarikat ini dimiliki penuh oleh Bumiputera dan dikendalikan oleh Pasukan Profesional yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. Sejak tahun 1996, ROJAM terkenal dengan produk-produk tradisional yang berasaskan gamat antaranya Minyak Gamat Plus, Sabun Gamat, Krim Seri Gamat dan Tonik Herba Gamat.
Pada tahun 2022, ROJAM mempunyai sebanyak 35 jenis produk yang dikeluarkan di pasaran Malaysia. ROJAM kini memiliki tiga buah kilang yang bertaraf GMP dan mempunyai pengiktirafan Pensijilan OEM, HALAL dan Mesti. Ibu Pejabat(HQ) ROJAM terletak di Alor Setar, Kedah dan Kilang Ubat-Ubatan Tradisional, Kilang Kosmetik, Kilang Makanan terletak di Sungai Petani, Kedah.
Rahsia kejayaan ROJAM yang mampu bertahan selama 26 tahun dalam pasaran Malaysia ialah ROJAM sangat berkomited dalam mengeluarkan produk-produk yang berkualiti tinggi dengan harga mampu milik untuk kegunaan rakyat Malaysia dan Antarabangsa.
Objektif
- Membuka peluang perniagaan kepada orang ramai dalam produk Tradisional, Kosmetik, Minuman dan Makanan
- Menjadi pengeluar produk Tradisional, Kosmetik, Minuman Kesihatan yang mampu memenuhi keperluan pasaran tempatan dan antarabangsa
- Membantu melahirkan Jutawan Muda melalui produk jenama sendiri
- Menghasilkan produk-produk yang terkini dengan formulasi khas menggunakan bahan berkualiti tinggi
Visi
- Menjadikan syarikat Bumiputera yang mampu memenuhi keperluan pelanggan pada produk yang diinginkan
- Menjadi pembekal produk tradisional, kosmetik, minuman dan makanan yang dikenali di rantau ini dengan penjenamaan yang tersendiri
- Mengembangkan perniagaan syarikat di peringkat global dengan konsep pemasaran yang terkini
Misi
- Mencapai prestasi produk yang berkualiti dan berkesan untuk bersaing di pasaran global
- Menghasilkan produk yang berkhasiat, berkualiti, bersih dan selamat pada skala yang besar
- Mewujudkan peluang pekerjaan dengan insentif pekerja yang terbaik
Â
